BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Thursday, July 8, 2010

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Perjumpaan Waris pelajar Dengan Guru 2010

Satu Majlis Perjumpaan Waris Pelajar Dengan Guru 2010 akan dijalankan pada hari dan masa berikut:

Tarikh : 8.7.2010 (hari Khamis)

Masa : 10.50 pg hingga 1.10 ptg ( untuk waris pelajar sesi pagi)

1.20 petang hingga 3.20 petang (untuk waris pelajar sesi petang)

Semua ibubapa/waris dijemput hadir diri pada masa yang ditetapkan seperti di atas untuk mengetahui dan prihatin perkembangan persekolahan anak/anak jagaan tuan.

Kehadiran tuan/puan akan membawa perkembangan yang positif terhadap anak/anak jagaan tuan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 2, 2010

Rombongan Lawatan Sambil Belajar dari Yu Hua Secondary School, Singapore

Satu rombongan pelajar dan guru dari Yu Hua Secondary School, Singapore telah melawat ke SMK Valdor pada hari ini

Rombongan ini terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Mereka berada di sekolah pada 2.30 petang hingga 6.00 petang hari ini.

Tujuan lawatan ini adalah pertemuan dua hala antara guru dan pelajar dalam semua bidang, termasuk kebudayaan, pengurusan sekolah dan perhubungan antara sekolah .

Pihak sekolah telah meyediakan pelbagai aktivit untuk ini,persembahan Hua Yue,Persembahan Veena dan Pameran Hasil kerja Pelajar di bilik MPV, KH dan sebagainya.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan mereka.

Monday, May 3, 2010

Selamat Datang Pengetua Baru, En Teoh Piah Teik



SELAMAT DATANG EN. TEOH PIAH TEIK

En Teoh Piah Teik , Pengetua baru SMK Valdor. En Teoh telah ditugaskan di sekolah ini untuk menggantikan tempat yang dikosongkan oleh En Chuah Cheng Hooi . Untuk pengetahuan semua, En Chuah telah ditugaskan di SMK Bukit Mertajam.

Pagi ini, En Teoh juga melancarkam Minggua Sahsiah SMK Valdor Tahun 2010 Kali Ke-7. Beliau menyampaikan Anugerah Pelajar Sahsiah Diri Terpuji kepada dua pelajar.

Friday, April 30, 2010

Majlis Perpisahan Pengetua


Majlis Perpisahan dengan Pengetua, En Chuah Cheng Hooi telah dijalankan dalam suasana meriah, penuh kenangan dan sambutan baik daripada barisan pentadbir,guru-guru dan pelajar.

Majlis ini dijalankan di Tapak Perhimpunan pada 7.30 pagi tadi. Pihak PIBG sekolah, yang diwakili oleh En. Ng Chin Lim dam Choo Siew Hin turut bersama dalam majlis ini.
Pihak sekolah, diwakili oleh Pn Goi Goit Sim, mengucapkan terima kasih kepada En Chuah yang banyak membawa kemajuan dan pembangunan kepada sekolah. Ucapan terima kasih juga disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan sekolah,Cik Sazni dan Ketua Pelajar,sdr Chang Jia Yun.

Jasamu diingati oleh semua warga sekolah.

Monday, April 19, 2010

Public Speaking Competition S.P.S






Pertandingan tersebut telah dijalankan di Dewan SMK Valdor pada 15 April 2010 yang lepas. Sebanyak 15 buah sekolah di bawah PPD Selatan menyertai Pertandingan ini.
Tahniah kepada para pemenang dan Guru-guru SMK Valdor sebagai Penganjur Pertandingan ini.

AKtiviti Persatuan Agama Buddha SMK Valdor

Persatuan Agama Buddha SMK Valdor yang diketuai oleh guru penasihat Cik Lim Phaik Har, telah menyertai Pertandingan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tarikh dan masa dan tempat berikut:
Acara: 1. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (pena pen) Peringkat Negeri
Pulau Pinang
2. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (Chinese Brush)Peringkat
Negeri Pulau Pinang
Tarikh: 18hb April 2010 (Ahad)
Tempat: SJK Phor Tay, Pulau Pinang
Bil. Peserta : 40 orang
Masa : 8.00 pagi- 4.00 ptg
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Tuesday, March 30, 2010

Detik Bersejarah Untuk Sekolah


Majlis Pelancaran EDMS SMK Valdor telah berjaya disempurnakan pada 27 Mac 2010 oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, Tuan Hj Mohd Zaki bin Hj Harun


Majils mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan PPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Temasya Sukan Tahunan 2010

Temasya Sukan Tahunan 2010 akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat berikut:


Tarikh: 3.4.2010
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 ptg
Tempat : Padang Besar SMK Valdor

DIJEMPUT SEMUA IBUBAPA DATANG MENYOKONG ANAK-ANAK DAN MENYERIKAN SUASANA TEMASYA INI.