BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, January 16, 2009

Selamat Datang Pengetua Baru SMK Valdor

SMK VALDOR amat bertuah kerana kekosongan jawatan Pengetua telah diisi dengan cepat. Pengetua SMK Perlis, Kangar, En. CHUAH CHENG HOOI telah mengisi jawatan ini mulai 16 Disember 2008. Pengetua baru merupakan seorang Pengetua yang berpengalaman.

Beliau mula dilantik sebagai Pengetua pada tahun 2005. Sejak beliau dilantik, beliau telah berusaha untuk menjadi seorang Pengetua yang efektif, kreatif dan inovatif. Beliau juga melaksanakan pelbagai projek dan pembangunan di SMK Perlis yang membawa kepada pembangunan prasarana dan kemudahan sekolah.

Beliau memperkenalkan pintu pagar automatik, sistem CCTV, "Delivery System", Taman Burung dan juga berjaya mengadakan sistem SMS (SCHOOL MANAGEMENT SYSTEM). Sistem SMS ini mepunyai 5 buah modul yang merangkumi Modul Peperiksaan dan Penilaian, Modul Pentadbiran Sekolah, Modul Ko-Kurikulum, Modul Disiplin dan Modul Perpustakaan.

Kata-kata beliau; "... Bagi saya, wajah sekolah adalah wajah pengetua dan selagi amanah serta tanggungjawab terpikul di bahu ini, maka amanah itu akan dilaksanakan tanpa mengira kaum dan agama demi kepentingan pelajar-pelajar, keluarga, masyarakat dan negara."

Syabas! Tahniah kepada Pengetua yang berjaya membawa pembangunan kepada sekolah lama beliau.

Sebagai warga SMK Valdor saya berasa bersyukur kerana kita menerima seorang Pengetua yang begitu komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan kebijaksanaan Pengetua baru, wajah SMK Valdor pasti berubah.




Posted by goi goit sim (HEM) at 1:21 AM 0 comments
Labels: PENGETUA BARU MEMBERI NAFAS BARU