BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, November 11, 2011

Penggunaan ICT dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Pendidik dan Staf SMK Valdor yang disayangi,

Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran akan menggunakan kemudahan ICT untuk sebaran maklumat terkini kepada semua warga sekolah melalui emel, blog rasmi SMK Valdor DAN/ATAU EDMS.

Langkah ini adalah untuk memelihara sumber alam (menjimatkan penggunaan kertas pendua), sumber manusia dan lain-lain, membolehkan sebaran maklumat dengan lebih pantas dan meluas, dan seterusnya menggalakkan / meningkatkan penggunaan ICT di kalangan warga sekolah.

Tuan-tuan diminta membiasakan diri untuk semak maklumat terkini melalui emel sendiri / blog sekolah dan EDMS.



"ICT Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Sekolah"


Sekian, terima kasih.