BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, December 30, 2011

ORIENTASI PELAJAR BARU 2012

Program Orientasi untuk pelajar baru 2012 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh :3 Januari 2012 (Selasa)

Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 petang

Tempat: Dewan Sekolah

Semua pelajar baru SMK Valdor dan guru-guru sesi petang dikehendaki mengikut program ini, sekian, terima kasih.

Monday, December 26, 2011

BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 2012

UP

SEMUA GURU SMK VALDOR 2012

SILA HADIR KE SEKOLAH PADA 27 DIS 2012 (SELASA), MASA 8.00 pg - 5.00 ptg

UNTUK MENDAPATKAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR, DI SAMPING


MENGURUSKAN HAL-HAL BERKAITAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2012.


TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA.


PEN. KANAN PENTADBIRAN
b/p PENGETUA SMK VALDOR



Program pada 27 Dis 2012 , Selasa

Pengurusan Tempat Kerja Guru
Pengurusan Bilik-Bilik Khas
Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah / Bilik Tayangan / Bilik Sumber Bahasa
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Tempat Duduk Pelajar
Pengurusan Fail Panitia / Fail Disiplin / Fail Kokurikulum / Lain-lain
Pelaksanaan Tugas-Tugas Khas / Jawatankuasa Khas

**Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan diminta memantau bidang masing-masing.

Saturday, December 24, 2011

SURAT TAWARAN OPSYEN SBPA

UP:

GURU DAN STAF YANG BELUM MENERIMA SURAT TAWARAN OPSYEN SBPA,

SILA HADIR KE PEJABAT PADA 26 Dis 2011 (ISNIN), 12.00 T/H - 5.00 PETANG ATAU PADA 27 Dis 2011 (SELASA), 8.00 PG - 5.00 PETANG UNTUK MENDAPATKAN BORANG OPSYEN SPBA SUPAYA DAPAT MEMUDAHKAN PENGURUSAN DATA SETERUSNYA SECARA ON-LINE DAN LAIN-LAIN.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN ANDA.

PEN. KANAN PENTADBIRAN
b/p PENGETUA SMKA VALDOR

Friday, December 23, 2011

SURAT TAWARAN OPSYEN SBPA

UP : SEMUA GURU DAN STAF

SILA HADIR KE SEKOLAH PADA HARI INI, 23 DISEMBER 2011, JAM 10.00 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN SEKOLAH UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT RINGKAS SBPA DAN MENERIMA BORANG TAWARAN OPSYEN.

KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN ADALAH PENTING UNTUK MEMASTIKAN BORANG TAWARAN YANG DIBERI TELAH DISEDIAKAN DENGAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN DAN BUTIR=BUTIR GAJI YANG TEPAT.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Pen. Kanan Pentadbiran,
b/p PENGETUA SMK VALDOR

Sunday, December 18, 2011

POWERPOINT BERKAITAN SBPA

UP:

SEMUA GURU DAN STAF
(PEGAWAI TETAP YANG MASIH BERKHIDMAT PADA 1 JAN 2012)


SILA SEMAK EMAIL SENDIRI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

SILA SEMAK POWERPOINT BERKAITAN SBPA YANG DIHANTAR MELALUI EMAIL ATAU MELALUI LAMAN WEB JPN http://www.jpnpenang.edu.my/main/downloads.php .

SILA PASTIKAN EMAIL BOLEH DIGUNAKAN SETIAP MASA.

SILA BERI ALAMAT EMAIL BARU JIKA BERMASALAH.

EN. AZIZ, EN SAMSUDDIN DAN PN SHARIFAH DIMINTA MEMBERI ALAMAT EMAIL BARU KEPADA PEN. KANAN PENTADBIRAN.

TERIMA KASIH.

PEN. KANAN PENTADBIRAN
b/p PENGETUA SMK VALDOR

Saturday, December 10, 2011

SBPA

UP:
SEMUA GURU DAN STAF ,

SILA BACA SURAT PEKELILING SBPA MELALUI http://www.jpa.gov.my/
DUA PEKELILING BERKAITAN:
1. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 11/2011 UMUM
2. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 13/2011 GURU

SILA BACA DENGAN TELITI UNTUK MEMAHAMI PEKELILING BERKENAAN.

TAKLIMAT UNTUK GURU DAN STAF AKAN DIADAKAN PADA 28 DISEMBER 2011, 2.00 PETANG
(tertakluk kepada pindaan).

SEMUA GURU DAN STAF DIKEHENDAKI MEMBUAT PILIHAN OPSYEN YANG DITAWARKAN.

Sekian, terima kasih.

PK Pentadbiran,
b/p Pengetua SMK Valdor


Tawaran Opsyen
–Diberi kepada semua pegawai tetap yang berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2012 (JKK 1976, SSB, SSM) termasuk:
–pegawai dalam tempoh percubaan
–pertukaran sementara atau pinjaman
–pegawai yang sedang bercuti
Tempoh Opsyen
–15 hari (16 – 30 Disember 2011)
–Opsyen adalah muktamad

Monday, December 5, 2011

STANDARD GURU MALAYSIA

Untuk perhatian dan tindakan semua guru,


Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Sila buat penarafan kendiri dengan http://apps.moe.gov.my/sgm ,
jawab setiap soalan dalam instrumen (standard 1, 2, 3) yang disediakan BPG KPM sebelum 30 Disember 2011.

Kerjasama anda amat diperlukan untuk kesejahteraan bersama.

Terima kasih.

Tuesday, November 29, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2012

Hari Pendaftaran Pelajar Baru 2012 akan dijalankan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh : 15 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah

Para waris/ibubapa diminta hadir ke sekolah bersama dengan anak yang berkenaan.

Pengumunan ini daripada Penolong Kanan Hem, En Heng secara rasminnya.

Friday, November 11, 2011

MESYUARAT GURU

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Mesyuarat guru akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 November 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik mesyuarat

Semua guru diminta hadir. Terima kasih.

Penggunaan ICT dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Pendidik dan Staf SMK Valdor yang disayangi,

Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran akan menggunakan kemudahan ICT untuk sebaran maklumat terkini kepada semua warga sekolah melalui emel, blog rasmi SMK Valdor DAN/ATAU EDMS.

Langkah ini adalah untuk memelihara sumber alam (menjimatkan penggunaan kertas pendua), sumber manusia dan lain-lain, membolehkan sebaran maklumat dengan lebih pantas dan meluas, dan seterusnya menggalakkan / meningkatkan penggunaan ICT di kalangan warga sekolah.

Tuan-tuan diminta membiasakan diri untuk semak maklumat terkini melalui emel sendiri / blog sekolah dan EDMS.



"ICT Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Sekolah"


Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 6, 2011

MALAM KEBUDAYAAN PERAYAAN TANGLUNG

Malam Kebudayaan Perayaan Tanglung akan diadakan seperti tarikh , masa dan tempat berikut:

Tarikh : 9 hb September 2011
Masa : 6.00 petang hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan sekolah, Tapak perhimpunan dan Kantin Sekolah

Semua ibubapa ,pelajar dan guru-guru dialu-alukan untuk menyertai perayaan ini. Pelbagai acara diadakan pada malam tersebut.

Acara-acara adalah seperti berikut:
Pertandingan Mereka Tanglung
Pertunjukan Menulis kaligrafi cina,
Persembahan Slide Kebudayaan Cina
Teka-teki , Pameran Karya Kesenian
Persembahan Kebudayaan Cina.

Monday, August 8, 2011

PORTAL SEKOLAH UNTUK IBUBAPA- INTERAKTIVE PORTAL

Semua waris pelajar digalakkan menyuarakan pendapat tentang isu-isu perkembangan sekolah dan aktiviti sekolah. Diharapkan pendapat anda dapat meningkatkan kecemerlangan pelajaran anak-anak anda di sekolah ini. Anda hanya tekan butang KOMEN pada hujung setiap berita yang dipaparkan dalam portal ini.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

TARIKH: 27 OGOS 2011 (SABTU).

TEMPAT: DEWAN SEKOLAH

MASA: JAM 9.00 PAGI

UJIAN KEMEJUAN KEDUA 2011 TINGKATAN LIMA

Friday, August 05, 2011 difailkan dalam AKTIVITI SEKOLAH

09-8-2011 HINGGA12-08-2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

Friday, August 05, 2011 difailkan dalam AKTIVITI SEKOLAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011 Bermula dari

8-8-2011 HINGGA 19-8-2011.

Tuesday, August 2, 2011

Penukaran kata laluan ibu bapa dan waris pelajar SMK Valdor



Gerbang iSchool ASP SMK Valdor

Pemberitahuan Untuk Semua ibu bapa dan waris Pelajar SMK Valdor

Nama akaun : ID telah disediakan oleh sekolah
Kata laluan : school1234(semua pelajar )

Akaun ibubapa/waris perlu diaktifkan melalui laman
http://mail.sekolah.edu.my dengan guna maklumat yang diberi oleh sekolah dan anda diwajibkan untuk tukar kata laluan baru.(contohnya: school12345) .

Laman Gerbang iSchool ASP SMK Valdor, http://asp.sekolah.edu.my.

Semua maklumat pelajaran anak anda akan dipaparkan dalam laman sekolah yang disedia.
Anda juga berpeluang memberi komen tentang setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah, anda juga akan mendapat informasi terkini dari masa ke masa tentang sekolah.

Wednesday, June 29, 2011

AKTIVITI TERKINI MINGGU INI

Aktiviti-aktiviti akan dijalankan diu dalam sekolah pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Hari Perjumpaan Waris Pelajar SMK Valdor

Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : 10.00 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : Kelas-kelas pelajar

Pameran buku dan alatan ICT juga dijalankan di Dewan Sekolah.

Larian 1M, 1S, 1 Malaysia
Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 7.30 pagi hingga 12.10 petang
Tempat : Padang Besar SMK Valdor

Pameran Informasi Sukan dan Permainan juga dijalankan di Dewan Terbuka.

Semua waris, pelajar dan guru dialu-alukan unutuk menyertai aktiviti-aktiviti yang kami jalankan untuk anda sekalian.

Tuesday, June 21, 2011

HARI KOPERASI SEKOLAH 2011

Koperasi SMK Valdor akan meengadakan pelbagai aktiviti untuk menyambut Hari Koperasi Sekolah. Aktiviti akan diadakan dari 21 Jun hingga 24 Jun seperti berikut:


Majlis Pelancaran hari Koperasi Sekolah,
Pameran-pameran Buku,
Pentandingan melukis Poster,
Ceramah-ceramah Motivasi,
Pertandingan Kuiz Koperasi,
Pertandingan Petanq


Harap semua warga sekolah menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan memeriahkan majlis HKS.

Tuesday, May 10, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Jadual Peperiksaan seperti berikut:


Diharapkan semua pelajar berusaha belajar untuk kejayaan masa depan.

Tuesday, March 22, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS PERJUMPAAN WARIS

Mesyuarat Agung PIBG ini akan diadakan seperti tarikh dan masa berikut:
Tarikh : 26 March 2011
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 petang
Tempat: Dewan sekolah

Semua waris pelajar dan guru-guru dijemput dapat untuk menyempurnakan majlis ini.

Majlis perjumpaan waris-waris dengan guru-guru akan dijalankan dalam bilik darjah. Diharapkan ibubapa dan waris pelajar dapat menyertai dan perihatin perkembangan pelajaran anak-anak dalam sekolah.

Friday, February 18, 2011

MALAM PERSEMBAHAN HUA YUE SMK VALDOR



Orkestra Hue Yue SMK Valdor akan membuat persembahkan pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh : 5 March 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30pm hingga 10.00pm
Tempat : Dewan SRJK Valdor

Diharapkan semua warga sekolah, ibubapa dan pelajar dapat menyokong aktiviti tersebut . Semoga persembahan muzik ini dapat dijalankan dengan berjaya dan menghiburkan hati semua orang.

Sekian, terima kasih

UJIAN KEMAJUAN PERTAMA TAHUN 2011

TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN TIGA

Ujian akan dijalankan dari 23-2-2011 hingga 25-2-2011.
Semua pelajar perlu membuat persediaan rapi untuk menghadapi ujian kemajuan ini.

Wednesday, January 19, 2011

Hari Pendaftaran ahli dan Mesyuarat Agung Unit-unit Kokurikulum 2011




Tarikh : 15 Januari 2011
Masa : 8.00 am hingga 12.00 petang
Tempat : Kawasan Sekolah dan Tapak perhimpunan


Semua pelajar dan guru telah menghadiri aktiviti dengan penuh semangat dan komitmen.Syabas diucapkan kepada semua warga SMKV