BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Wednesday, November 19, 2014

Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet


Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. 

Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.

The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, 

The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.


Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE

Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Friday, October 17, 2014

Majlis Persaraan Pengetua SMK Valdor,En Teoh Piah Teik

Terima kasih kepada En Teoh Piah Teik yang berkhidmat selama 4 tahun 5 bulan di SMK VALDOR.





Wednesday, October 8, 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014




SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014

Bersempena 57 tahun kemerdekaan, SMK Valdor telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah berlangsung sepanjang bulan Ogos sehingga pertengahan September. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak sekolah bersama Panitia Sejarah. Banyak program dan aktiviti telah dijalankan seperti 
  • 1    Pemasangan kain rentang dan banting-banting
  • 2.      Pengibaran Jalur Gemilang
  • 3    Memainkan Lagu Patriotik setiap pagi sepuluh minit sebelum Perhimpunan dimulakan
  • 4.      Perhimpunan Khas Sempena Ambang Kemerdekaan ke-57 ( 29 Ogos 2014)
  • 5.      Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sesi petang
  • 6.      Kuiz Bulan Kmerdekaan
  • 7.      Penghayatan Sajak Sejarah Kemerdekaan Malaysia
  • 8.      Projek Jalur Gemilang



Sunday, August 24, 2014

Selamat Hari Kemerdekaan ke-57


Friday, August 22, 2014

Majlis Bertafakul selama seminit di SMK VALDOR

Majlis  bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dijalankan pada pagi ini. 




Tuesday, August 19, 2014

Sarana Ibubapa dan Sekolah














Monday, August 4, 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2015








Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah :

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Sumber daripada http://pkgsgbakap.blogspot.com/

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

2014年7月20日星期日

大马教育大蓝图2013-2025








Friday, July 25, 2014

PROGRAM PENYEBARAN MAKLUMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


SASARAN: SEMUA MURID TINGKATAN 3

TARIKH: 22 JULAI 2014 (SELASA)
MASA: 7.30 PAGI – 12.20 T/H
dan 
TARIKH: 25 JULAI 2014 (Jumaat)
MASA: 8.30 PAGI – 9.50 Pagi 






Friday, July 18, 2014

SSQS 2014


LANGKAH 1: Masuk ke laman web

http://btpnpp.com/ssqsv3/









Langkah 2:  Taip masuk Token yang diberi oleh       pihak sekolah

Langkah berikut : Jawab semua instrumen yang diberikan dalam laman web. Tekan butang Selesai selepas tamat menjawab.

Terdapat Web Link SSQS 2014 pada Ruang Berita Terkini





Saturday, June 28, 2014

SUKAN TAHUNAN SMK VALDOR 2014

TARIKH: 28 JUN 2014
MASA: 7.30 PAGI HINGGA 12.30 PETANG