BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, August 10, 2012

UJIAN KEMAJUAN KE- 2 TAHUN 2012

Ujian kemajuan kali ke dua akan dijalankan pada tarikh, masa seperti berikut: Taikh: 13 Ogos 2012 Masa: Sila rujuk jadual peperiksaan yang telah diedarkan Semua pelajar Tingkatan 2 dan 4 akan terlibat dalam ujiam tersebut. Cuti sekolah akan bermula pada 17 Ogos2012 hingga 26 Ogos 2012.

Tuesday, August 7, 2012

Sekolah Penyayang

Konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.