Setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini.Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah
akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan
pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran
dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE),
yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai
capaian Internet.
Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.
Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.