BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Tuesday, March 10, 2009

UJIAN KEMAJUAN PERTAMA TAHUN 2009

Ujian kemajuan pertama dijalankan pada minggu ini, iaitu selama tiga hari. Bermula dari 10.3.2009 hingga 12.3.2009. Semua pelajar perlu tekun dan berusaha demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik.

Thursday, February 26, 2009

Hari Merentas Desa 2009

Sekolah akan mengadakan Hari Merentas Desa Pada 13 Mei 2009, Jam 7.30 pagi hingga 12.30 petang. Diharap semua pelajar hadir dengan pakaian sukan yang sesuai.

Friday, February 20, 2009

SMK Valdor Johan Dalam Olahraga MSSPP Zon Nibong Tebal

Syabas Kepada Atlit-atlit SMK Valdor!!!

SMK Valdor telah menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah dalam acara-acara olahraga di MSSPP Zon Nibong Tebal. Pertandingan tersebut telah berlangsung dari 16 Feb. 2009 hingga 19 Feb.2009 di Stadium Negeri Pulau Pinang , Batu Kawan.

Dengan keputusan yang cemerlang, iaitu 11 emas dalam acara olahraga. Atliti-atlit SMKV
telah mengharumkan nama sekolah dalam arena kokurikulum. Syabas sekali diucapkan kepada warga sekolah.

Friday, January 16, 2009

En. Chuah Cheng Hooi

Pengetua SMK VAldor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Keputusan PMR 2008 amat memberangsangkan warga SMK Valdor

Calon-calon yang menduduki PMR 2008 telah mendapat keputusan cemerlang baru-baru ini.

Goh Jia Yong dan Ong Bee Khon mendapat 8 A
Tan ken How, Khor Li Sing, Tan Bee Hoe, Teoh Hui Shu dan Yeoh Phei Zhuin mendapat 7 A
Heng Yeh Tat,Tang For Farn, Teo Jia Yong, Teoh Keah Hong,Tan Teng Teng, Tan Tien Tien, Tan Xin Yi mendapat 6 A
Hung Boon sing, Lau Yu Hang, Ng Wey Zheng,Tan Chee Leong, Beh yen Ming, Chai bBoon Yee, H'ng Ee Joe, Lee Win Win dan Ng Xue Jing mendapat 5 A

Sebanyak 60.2 % calon telah lulus dalam semua matapelajaran. syabas diucapkan kepada semua calon

Selamat Datang Pengetua Baru SMK Valdor

SMK VALDOR amat bertuah kerana kekosongan jawatan Pengetua telah diisi dengan cepat. Pengetua SMK Perlis, Kangar, En. CHUAH CHENG HOOI telah mengisi jawatan ini mulai 16 Disember 2008. Pengetua baru merupakan seorang Pengetua yang berpengalaman.

Beliau mula dilantik sebagai Pengetua pada tahun 2005. Sejak beliau dilantik, beliau telah berusaha untuk menjadi seorang Pengetua yang efektif, kreatif dan inovatif. Beliau juga melaksanakan pelbagai projek dan pembangunan di SMK Perlis yang membawa kepada pembangunan prasarana dan kemudahan sekolah.

Beliau memperkenalkan pintu pagar automatik, sistem CCTV, "Delivery System", Taman Burung dan juga berjaya mengadakan sistem SMS (SCHOOL MANAGEMENT SYSTEM). Sistem SMS ini mepunyai 5 buah modul yang merangkumi Modul Peperiksaan dan Penilaian, Modul Pentadbiran Sekolah, Modul Ko-Kurikulum, Modul Disiplin dan Modul Perpustakaan.

Kata-kata beliau; "... Bagi saya, wajah sekolah adalah wajah pengetua dan selagi amanah serta tanggungjawab terpikul di bahu ini, maka amanah itu akan dilaksanakan tanpa mengira kaum dan agama demi kepentingan pelajar-pelajar, keluarga, masyarakat dan negara."

Syabas! Tahniah kepada Pengetua yang berjaya membawa pembangunan kepada sekolah lama beliau.

Sebagai warga SMK Valdor saya berasa bersyukur kerana kita menerima seorang Pengetua yang begitu komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan kebijaksanaan Pengetua baru, wajah SMK Valdor pasti berubah.




Posted by goi goit sim (HEM) at 1:21 AM 0 comments
Labels: PENGETUA BARU MEMBERI NAFAS BARU

Monday, November 10, 2008

Perjuangan Untuk Kecemerlangan dalam SPM

Semua calon SPM akan menduduki Peperiksaan SPM bermula 11 November 2008 ini.

Semoga semua calon sihat-sihat dan berjaya dalam perjuangan ini.

Selamat Menduduki Peperiksaan dan mendapat kejayaan.

Monday, October 6, 2008

Semoga Berjaya dalam PMR 2008

PMR akan berlangsung pada 13 Oktober hingga 17 Oktober 2008

Pihak Sekolah mengharapkan semua calon PMR berjaya dalam
Peperiksaan Menengah Rendah 2008 ini.

Semoga semua calon selamat menduduki peperiksaan dan mencipta
sejarah sekolah ini sekali lagi dengan keputusan yang cemerlang.

Pada tahun 2006, terdapat lima pelajar yang dapat 8 A dan SMK Valdor
adalah antara Sekolah Cemerlang PMR di Pulau Pinang.

Selamat Menduduki PMR dan Berjaya

Monday, July 21, 2008

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK ILP NIBONG TEBAL







Pensyarah ILP Nibong Tebal telah berjaya mengendalikan Kursus Jangka Pendek kepada pelajar SMK Valdor.

Kursus-kursus seperti berikut:

24 Mei 2008 - Basic Web Page Development Using Macromedia Dreamveaver

19 Julai 2008 - Basic Adobe Ilustrator

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih

Friday, July 18, 2008

SUASANA MENDUDUKI UJIAN BERMULA DALAM SEKOLAH

Ujian Kemajuan Kedua 2008

Tingkatan 3 dan tingkatan 5

Dari 22-07-08 hingha 24-07-08

Tingkatan 2 dan tingkatan 4

Dari 12-08-08 hingga 14-08-08

Bersedia dan bertekad untuk berjaya