BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Wednesday, May 22, 2013

Thursday, May 16, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013 DAN HARI PERJUMPAAN WARIS PELAJAR

TARIKH :16 MAC 2013
MASA    : 8.00PG-12.30 PM
TEMPAT: DEWAN SEKOLAH SMK VALDOR





Friday, March 29, 2013

Apa Itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Sumber daripada jpn penang(http://pbssppjpnpp.blogspot.com)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:

a) Projek
b) Kerja Kursus
c) Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
d) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
e) Modul

Matlamat kurikulum bahasa sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Matlamat ini diukur di peringkat sekolah dalam bentuk Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang memberi penekanan yang serius terhadap kemahiran bahasa yang empat iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui instrumen ini kemahiran-kemahiran tersebut khasnya kemahiran mendengar dan bertutur dapat dipertingkat. Ini dapat melahirkan generasi yang celik bahasa Al-Quran dan mampu menggunakannya dalam komunikasi.


Pendidikan Sejarah bermatlamat untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Sebahagian dari matlamat ini diukur dalam bentuk PBS apabila murid terlibat secara langsung dalam menghasilkan projek-projek kerja kursus Sejarah di sekolah yang mana, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. Seperti pendidikan Sejarah, sebahagian matlamat ini, diukur semasa murid melaksanakan projek PBS.

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untukmembuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Jesteru, murid mempunyai landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram,dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang melibatkan Tilawah & Hafazan serta Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah merupakan alat pengukuran bagi sebahagian matlamat Pendidikan Islam.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bermatlamat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Modul-modul kerja kursus KHB yang perlu dilaksanakan oleh semua murid menjadi alat pengukuran dalam PBS.

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu lagi cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran.

Monday, March 18, 2013

Tuesday, March 5, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK VALDOR 2013 Dan HARI PERJUMPAAN WARIS

Mesyuarat akan dijalankan pada tarikh ,masa dan tempat berikut:

Tarikh   :16.3.2013
Masa     : 8.00-10.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah

Hari Perjumpaan Waris dan Penyerahan Laporan Kemajuan

Masa    : 10.30-12.00 petang
Tempat: Kelas masing-masing



Wednesday, February 6, 2013

CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA



Sekolah akan bercuti sepanjang 10 hari seperti tarikh berikut:

Tarikh Cuti:  9 hb Februari 2013 hingga 18 Februari 2013
Hari ganti persekolahan: 9 hb Mac 2013( Sabtu)

Pelajar perlu hari ke sekolah untuk Persekolahan Jadual hari Khamis.
Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina.

Wednesday, January 23, 2013

Majlis Pemberian Bantuan Murid Awal Persekolahan

















Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan telah disempurnakan oleh En lai Chew Hock , dan telah diiringi oleh Tuan PPD Selatan, Encik Mohd Ghazali bin Abu Bakar, YDP PIBG SMK Valdor, En Soon dan Pengetua SMK Valdor, En Teoh Peik Teik pada petang 16 HB Januari 2013.

Wednesday, January 9, 2013

HARI PERSEKOLAHAN GANTIAN 1

Hari Persekolahan  untuk gantikan cuti pada  14 Februari  2013 akan dijalankan pada tarikh dan masa  berikut:

Tarikh :9 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : Mengkut Jadual waktu Persekolahan  Hari Khamis

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 8, 2012

Thursday, October 4, 2012

FROG VLE SMK VALDOR

Panduan untuk menggunakan dan mencipta Laman Pentadbiran, guru dan pelajar dalam Frog  VLE SMK VALDOR (https://pea4002.1bestarinet.net), Sila merujuk  bahan video serta Training Guides TERBARU di laman -laman berikut.




Setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini.Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?
Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.
Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.