Tahun ini, Sambutan Hari Guru 2014 amat meriah sekali kerana hari ini juga merupakan Hari Kokurikulum Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk murid-murid dan guru-guru terlibat bersama. Suasana kesukanan dan kekitaan telah diwujudkan antara semua warga sekolah.
MORE PHOTO FROM MR AYE CHOY
BLOG RASMI SMK VALDOR
Friday, May 23, 2014
Monday, May 5, 2014
BENGKEL CINTAI ALAM SEKITAR SMK VALDOR
Bengkel ini dijalankan pada 3 Mei 2014 untuk membuat EM Ball yang berfungsi untuk memulihara sungai-sungai tercemar di sekitar sekolah. Antiviti ini dipimpin oleh En Ong Chin Bin dengan beberapa persatuan-persatuan sekolah ini.
Thursday, April 10, 2014
SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT SEKOLAH (ICTS)
APA ITU ICTS?
Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet ,Frog VLE, Program MBMMBI dan peralatan ICTPPSMI dan makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.
ICTS adalah satu aplikasi atas talian yang dibangunkan untuk mengumpul, menganalisis dan melaporkan status operasi Makmal Komputer, Pusat Akses, Makmal Bahasa (MBMMBI), status penyelenggaraan peralatan ICT sekolah dan status pelaksanaan program 1Bestarinet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia di bawah seliaan KPM. Keberkesanan dan kejayaan ICTS memerlukan kerjasama serta peranan daripada pihak yang terlibat iaitu sekolah, PKG, BTPN, BTP, PPD dan JPN.
Alamat URL adalah seperti berikut :
http://www.moe.gov.my/bad/icts

Friday, April 4, 2014
Laman Frog VLE Ibubapa SMK VALDOR
Guru
|
Pelajar
|
Ibu Bapa
|
| Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. | Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru. | Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda. |
Sunday, March 2, 2014
Wednesday, February 26, 2014
UJIAN PERMATA PINTAR UKM1
Pelajar-pelajar SMK Valdor dibawah umur 13 hingga umur 15, telah mula menjalani ujian UKM1 Permata Pintar di Makmal Komputer pagi ini. Sijil Penyertaan Ujian ini telah diberi kepada pelajar secara langsung melalui internet setelah habis menjawab semua soalan ujian.
Menurut Pusat Permata Pintar Negara, ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet

Saturday, February 22, 2014
Kejayaan Hari Kantin 2014
Aktiviti hari ini berjalan dengan lancar dan berjaya. pihak PIBG SMK VALDOR telah berjaya mengutip derma sebanyak RM 30 ribu . Tujuan aktiviti ini untuk meningkatkan tabung kebajikan murid dan pembangunan fizikal sekolah.. Tahniah diucapkan kepada PIBG sekolah.
Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak dermawan, penaja-penaja makanan dan jualan yang murah hati dan sanggup menolong sekolah dalam menjayakan aktiviti Hari kantin 2014.
Thursday, January 23, 2014
Hari Kantin 2014
Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMK Valdor akan menjalankan aktiviti Hari Kantin pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh :22 Februari 2014 (Sabtu)
Masa :8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Kantin SMK Valdor dan Dewan Sekolah
Jualan Hari Kantin ini semuanya dijalankan dan diuruskan oleh pelajar-pelajar SMK Valdor.
Tujuan aktiviti diadakan untuk memungut derma daripada pihak warga ibubapa dan orang ramai.
Kesemua derma ini akan digunakan untuk kebajian pelajar di SMK Valdor.
Sumbangan dalam bentuk derma, jualan kupon amat memerlukan kerjasama semua pihak. Kami dahului dengan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada anda semua yang berjasa dan murah hati..
Friday, January 10, 2014
Kursus Frog VLe untuk Pelajar yang Mewakili Unit Beruniform,Kelab dan Persatuan
Kursus ini akan dijalankan pada tarikh, masa dan tempat berikut:
Tarikh: 11.1.14 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Makmal Komputer 2
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar-pelajar menggunakan laman Frog VLE Kokurikulum sebagai media perantaraan dalam aktiviti sekolah.
Dengan kemudahan ini, laman Frog VLE Kokurikulum ini yang boleh menghubungkan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan ibubapa dalam semua urusan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga akan dijalankan di kawasan sekolah.

Thursday, December 26, 2013
BACK TO SCHOOL with frog
Maklumat terkini berkenaan Frog VLE boleh didapati dalam laman Web berikut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LAMAN INFORMASI SEKOLAH
- LOGIN VLE
- PAJSK 2017
- Laman Ibubapa
- EDMS
- Maklumat Makmal Komputer 2017
- SAPS
- e- Operasi
- SSDM
- SSQS 2017
- APDM
- HRMIS
- ANM
- SPL KPM
- 1GovUCPortal
- KPM
- JPN PP
- BPK KPM
- SP PBS
- Sistem Guru Online
- E LEARNING
- Borang Pelupusan Alatan ICT
- Borang MB JPNPP
- Insuran Lawatan KPM
- ASK KSSM
- Bahan Bacaan Literasi ICT100 Bhg Pendidikan Guru
- Bahan VLE