Profesion keguruan merupakan satu amanah yang sangat besar dalam membentuk masa depan generasi dan negara. Walaupun dunia pendidikan kini berdepan perubahan pesat seiring perkembangan teknologi dan AI, peranan guru tetap tidak dapat digantikan kerana guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah mendidik nilai, sahsiah dan kemanusiaan. Semangat untuk terus belajar, beradaptasi dan mendidik dengan penuh keikhlasan perlu sentiasa diteruskan demi memastikan kejayaan anak-anak murid. Sempena Hari Guru ini, marilah kita bersama-sama menghargai segala jasa dan pengorbanan para pendidik yang sentiasa menjadi tulang belakang kecemerlangan pendidikan.
“Terima Kasih, Guru.”
“Guru Bitara, Nadi Negara.”
"Selamat Hari Guru"
