BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, April 30, 2010

Majlis Perpisahan Pengetua


Majlis Perpisahan dengan Pengetua, En Chuah Cheng Hooi telah dijalankan dalam suasana meriah, penuh kenangan dan sambutan baik daripada barisan pentadbir,guru-guru dan pelajar.

Majlis ini dijalankan di Tapak Perhimpunan pada 7.30 pagi tadi. Pihak PIBG sekolah, yang diwakili oleh En. Ng Chin Lim dam Choo Siew Hin turut bersama dalam majlis ini.
Pihak sekolah, diwakili oleh Pn Goi Goit Sim, mengucapkan terima kasih kepada En Chuah yang banyak membawa kemajuan dan pembangunan kepada sekolah. Ucapan terima kasih juga disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan sekolah,Cik Sazni dan Ketua Pelajar,sdr Chang Jia Yun.

Jasamu diingati oleh semua warga sekolah.

Monday, April 19, 2010

Public Speaking Competition S.P.S






Pertandingan tersebut telah dijalankan di Dewan SMK Valdor pada 15 April 2010 yang lepas. Sebanyak 15 buah sekolah di bawah PPD Selatan menyertai Pertandingan ini.
Tahniah kepada para pemenang dan Guru-guru SMK Valdor sebagai Penganjur Pertandingan ini.

AKtiviti Persatuan Agama Buddha SMK Valdor

Persatuan Agama Buddha SMK Valdor yang diketuai oleh guru penasihat Cik Lim Phaik Har, telah menyertai Pertandingan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tarikh dan masa dan tempat berikut:
Acara: 1. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (pena pen) Peringkat Negeri
Pulau Pinang
2. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (Chinese Brush)Peringkat
Negeri Pulau Pinang
Tarikh: 18hb April 2010 (Ahad)
Tempat: SJK Phor Tay, Pulau Pinang
Bil. Peserta : 40 orang
Masa : 8.00 pagi- 4.00 ptg
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Tuesday, March 30, 2010

Detik Bersejarah Untuk Sekolah


Majlis Pelancaran EDMS SMK Valdor telah berjaya disempurnakan pada 27 Mac 2010 oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, Tuan Hj Mohd Zaki bin Hj Harun


Majils mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan PPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Temasya Sukan Tahunan 2010

Temasya Sukan Tahunan 2010 akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat berikut:


Tarikh: 3.4.2010
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 ptg
Tempat : Padang Besar SMK Valdor

DIJEMPUT SEMUA IBUBAPA DATANG MENYOKONG ANAK-ANAK DAN MENYERIKAN SUASANA TEMASYA INI.

Wednesday, March 24, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SMK VALDOR 2010 Dan Majlis Pelancaran EDMS SMK Valdor

Mesyuarat Agung akan diadakan pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Valdor

Semua ibubapa, penjaga dan guru-guru SMK Valdor dialu-alukan untuk datang menyerikan majlis ini.

Monday, March 1, 2010

Ujian Kemajuan Pertama

Ujian Kemajuan 1 akan diadakan seperti tarikh dan masa berikut:
Tarikh: 2.3.2010 hingga 4.3.2010
Masa: Waktu Persekolahan
Ujian ini bermula esok, diharapkan semua pelajar bersedia untuk menduduki ujian ini dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat Maju Jaya

Friday, February 12, 2010

SELAMAT BERCUTI


Sekolah akan bercuti pada 13.2.2010 sehingga 21.2.2010.

Perayaaan Tahun Baru Cina akan bermu1a pada 14.2.2010 dan 15.2.2010.

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelajar dan guru-guru yang meraikan perayaan ini, dan ucapan Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah.

Saturday, January 23, 2010

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Pentaksiran

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015